Actually aku pon tak tahu la pasai apa depa panggil cucur jawa, adakah berasal dari jawa mungkin??Entahla, wallahualam. Cucur jawa ni sebenarnya antara kuih tradisional yang sedap dan istimewa, but don't know why, sekarang ni jarang nampak orang jual cucur ni melainkan kat kawasan rumah saya, Baling. Dekat Baling, saya pi mana2 kedai makanan pon mesti ada cucur ni, tapi cuba keluar kawasan Baling, susah nak nampak batang hidung si cucur jawa ni. Adakah berasal dari Baling? Nope! Pasai bila saya balik Klang, saya pegi pasar pagi, ada je orang jual, but mostly si penjual tu mesti warga Indonesia. Agaknya betul la kot cucur jawa ni makanan tradisional masyarakat Jawa. Pasai apa saya suka?? pasai sedap dan mudah dan..... save budget!! Nak buat cucur ni, modal tak lebih dari rm10!! Dapat dalam 30-40 biji. Gila tak suka?? Tapi yang sedihnya, minggu lepas, saya balik rumah, buatla cucur jawa ni, teringat dekat roomates yang tak balik, kesian pulak kat depa, so tapau la cucur jawa ni, and one of my roomate be like.. "eh apa ni?? tak penah nampak pon??" haaa see?? Kira cucur jawa ni spesis endangered jugakla.. huhuu. Malas beletiaq banyak, lani hampa follow step simple seseimplenya kat bawah ni, then.. jenggg jadilah ia :)
Sumber:
Bahan- Bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air
sedikit garam
Cara-cara
1. Masak gula merah dan air sehingga gula hancur. Tapis dan biarkan sejuk sedikit.
2. Masukkan semua tepung dan garam dalam bekas dan tuang air gula tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati. Tambah air jika terasa bancuhan pekat. Kacau dengan whisk tangan dan pukul sedikit sehingga ia nampak berbuih buih sikit.
3. Perapkan selama minima 4 jam atau yang paling bagus, bancuh malam dan buat pagi esoknya.
4. Panaskan kuali (jangan guna kuali leper, ia harus kuali yang melengkung) dengan api sederhana sehingga betul-betul panas, tuangkan sesenduk bancuhan dan tunggu sehingga bahagian sudah masak baru di terbalikkan. Guna minyak sebanyak 3/4 cawan sahaja. Bila minyak berkurangan, tambah sikit lagi.


.jpg)

















